Normal
Running normal services
bullhorn

ERL Diberi Kepercayaan Sekali Lagi Bantu Operasi Makkah Metro Bagi Musim Haji 2022

Kuala Lumpur, 18 April 2022 – Pengumuman terkini oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang membenarkan sejumlah satu juta jemaah dari dalam dan luar negara menunaikan ibadah haji disambut baik oleh umat Islam di seluruh dunia. Khabar itu juga membuka peluang kepada Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) untuk sekali lagi meminjamkan kakitangan operasinya bagi memberikan sokongan kepada operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro pada tahun ini setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian akibat pandemik COVID-19.

Juga dikenali sebagai Makkah Metro, sistem keretapi sepanjang 18 kilometer ini menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina. Ianya hanya beroperasi selama 7 hari dalam setahun bagi membawa jemaah ketika puncak ibadah Haji hingga selesai ibadah. Kejayaan Makkah Metro diperakui umat Islam seluruh dunia melalui berbagai pengiktirafan peringkat global.

This initiative is a collaboration between ERL and JKKN, and supported by Tourism Malaysia to showcase Malaysia’s diverse cultures to visitors arriving at KL Sentral. There will be a cultural performance twice a month (except in May and August) at the KLIA Ekspres Arrival Hall, starting 17th January 2020.

Tahun ini merupakan tahun kesembilan ERL memberikan sokongan operasi kepada Makkah Metro sejak tahun 2012. Projek pinjaman kakitangan sokongan ini adalah hasil usahasama dengan China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) Saudi yang telah dilantik oleh kerajaan Arab Saudi sebagai syarikat operasi tren yang diberi tanggungjawab mengendalikan laluan Makkah Metro.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata, “Kami amat berbesar hati kerana sekali lagi diberikan kepercayaan oleh CRCC Saudi bagi menyediakan kakitangan operasi yang terlatih bagi menyokong operasi Makkah Metro untuk tempoh tiga tahun sehingga 2024. Kepercayaan yang diberikan ini menjadi bukti kepada komitmen dan kekuatan ERL dalam memberikan perkhidmatan bertaraf dunia. Tugasan tahun ini pastinya akan memberikan cabaran baharu kepada kakitangan memandangkan mereka perlu memastikan keselamatan para jemaah mengikut protokol kesihatan yang ketat. Namun, saya yakin pengalaman, kemahiran serta kecekapan mereka akan memastikan operasi tren berjalan lancar di samping mengekalkan rekod baik syarikat."

Turut berucap pada majlis penghantaran kakitangan yang diadakan di KL Sentral adalah Tetamu Kehormat, YBhg. Datuk Isham Bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia yang memuji inisiatif syarikat dalam mengembangkan perkhidmatan ke luar negara, selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara. Beliau kemudiannya menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Pasukan ERL, Putera Wan Jaffri Bin Abdul Hamid. Ini merupakan kali ketujuh beliau dihantar ke Arab Saudi bagi tujuan sama.

Sejak dilancarkan pada 2010, perkhidmatan Makkah Metro telah berjaya mengurangkan kesesakan dan pencemaran di samping menyediakan pilihan pengangkutan yang lebih selesa dan selamat buat para jemaah. Para jemaah perlu berada di Arafah pada 9 Zulhijah untuk menjalani Wukuf dan seterusnya ke Muzdalifah sebelum ke Mina pada keesokan harinya. Perjalanan hanya akan mengambil masa kurang dari satu jam dengan menaiki Makkah Metro yang dahulunya memerlukan sejumlah 4,000 bas di atas jalan raya dan mengambil masa sehingga tujuh ke lapan jam.

Sebelum COVID-19 melanda, tren ini boleh membawa sehingga 500,000 jemaah dalam masa 6 ke 8 jam yang disokong oleh 5,000 tenaga kerja yang memastikan operasi tren dan sembilan stesen berjalan lancar semasa musim Haji. Tanggungjawab yang akan diggalas mereka termasuklah pengurusan stesen, platform dan operasi bilik menunggu, kawalan operasi dan pemandu tren.

Keperluan Tenaga Kerja
Sejumlah 25 kakitangan daripada ERL dan anak syarikatnya, ERL Maintenance Support Sdn Bhd (E-MAS) akan dipinjamkan bagi tempoh dua ke tiga bulan. Pasukan pertama yang terdiri daripada 10 kakitangan kanan akan berangkat ke Arab Saudi pada 20 April 2022 manakala baki 15 orang lagi kakitangan akan bertolak pada 20 Mei 2022. Mereka akan menyandang beberapa jawatan seperti Timbalan Pengurus Stesen, “Station Master”, Pembantu “Station Master” dan Pegawai Bilik Kawalan Stesen.